Monday, April 4, 2011

SINONIM

Terdapat beberapa perkataan dalam sesuatu bahasa yang menunjukkan makna yang sama atau hampir-hampir sama. Kata-kata itu dikatakan mempunyai makna yang 'hampir-hampir sama' kerana sebenarnya perkataan¬perkataan itu tidaklah seratus peratus sama maknanya antara satu sam a lain. Perkataan 'hangat' dan 'panas' misalnya, sekali pandang, maknanya sama tetapi kedua-duanya tidak boleh digunakan pada tempat yang seratus peratus sama. Contohnya, kita boleh mengatakan chari panas' tetapi kita tidak boleh mengatakan chari hangat'. Begitu juga dengan 'tiba' dan 'sampai', kita boleh mengucapkan 'bila dia sampai?' dan 'bila dia tiba?' tetapi dalam konteks 'sampai bila keadaannya begitu?', kita tidak boleh katakan 'tiba bila keaadaannya begitu?'. Jadi, walaupun seolah-olah perkataan-perkataan itu sama ertinya tetapi pad a hakikatnya mempunyai perbezaan. Walau bagaimanapun, perkataan¬perkataan seperti ini dikatakan mempunyai hubungan iaitu hubungan dari segi 'sinonim'.

ANTONIM
Secara mudah, antonim dapat dikatakan sebagai perkataan berlawan maksudnya, misalnya sejuk lawannya panas, panjang lawannya pendek, besar lawannya kecil, tinggi lawannya rendah. Bagi perkataan yang tergolong sebagai kata sifat, biasanya perkataan lawannya mudah dikaji tetapi bagi kata kerja, tidak semua kata kerja mempuyai lawan, misalnya, kita tidak dapat menentukan lawan bagi berjalan, bermain, duduk, memasak, mandi dan sebagainya. Bagaimanapun, kita boleh melawankan atau mempertentangkan perkataan seperti menolak-menerima, keluar-masuk, membuka-menutup, menangis¬ketawa, mendedahkan-menyembunyikan dan lain-lain lagi. Bagi perkataan nama, demikian juga keadaannya. Kita boleh menentukan perkataaan berlawan bagi perkataan 'bumi-Iangit', 'malam-siang', 'pagi-petang', 'kawan-musuh' dan lain-lain tetapi tidak untuk perkataan-perkataan seperti parang, kertas, cawan, bakul, tali, sayur, meja,lembu dan sebagainya.
Ragam antonim
1)    antonim kompremental - pasangan yang saling melengkapi (tidak akan sempurna tanpa disertakan dengan pasangannya).
Contoh : baik - jahat, kaya - miskin
2)    antonim berperingkat - pasangan yang berperingkat apabila berpenegatifan sesuatu kata tidak bersinonim dengan sesuatu kata yang lain.
Contoh : kurang murah - lebih mahal
3)    antonim radisional - menggambarkan makna yang semitrikal bagi pasangannya.
Contoh : guru - murid, pesuruh -- penyuruh
4)    antonim resiprokal - mengandungi pasangan yang berlawanan atau bertentangan dalam makna tetapi fungsinya berkait rapat dan merupakan hubungan timbang balik.
Contoh : memberi - menerima
SEMANTIK

a)    Definisi Semantik
1.    Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa.
2.    Dari segi etimologi, kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti “tanda” atau “lambing”. Oleh yang demikian, semantik juga dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidiki paduan tanda-tanda atau lambing-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya.
3.    Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat manakala ayat terdiri daripada rentetan kata. Oleh yang demikian, untuk meneliti makna dalam sesuatu bahasa, peringkat bahasa yang teliti meliputi unit-unit bahasa yang membentuk kata dan ayat, iaitu morfem,kata,frasa, dan ayat. Dengan ini, semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian tentang makna morfem, kata, frasa, dan ayat dalam sesuatu bahasa.
4.    Harimurti Kridalaksana(1949) mendefinisikan semantik sebagai bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Semantik juga disebut sebagai satu system penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.
5.    Katz(1972:1) menyebut semantik ialah kajian tentang makna linguistic yang membicarakan tentang apakah yang ditonjolkan dalam ayat atau lain-lain dalam linguistik.
6.    Pei dan Gaynor pula menyebut semantic sebagai sains yang menghuraikan kaitan referens (benda) dengan referends (rujukan).
7.    Penjelasan mereka dibuat berdasrkan Segi Tiga Semiotik yang dikemukakan oleh Ogden dan Richard.
8.    Ainon Muhamad kemudiannya mempermudahkan segi tiga itu dengan huraian beliau sendiri.

b) Takrif/Konsep Semantik

Pada dasarnya, semantik ialah bidang ilmu yang mengkaji makna pada peringkat kata, frasa, ayat dan hubungannya dengan idea, konsep dan perkataan. Menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985), bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. John Lyons (1981) dalam bukunya berkata, menurut satu teori yang dapat diterima, makna adalah idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepada pendengarnya yang akan menghasilkan satu bahasa atau satu bahasa yang lain. Menurut Harimurti Kridalaksana (1949) pula, semantic adalah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Semantic juga disebut sebagai satu sistam penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. Semantara Katz (1972:1) pula menyebut semantic ialah kajian tentang makna linguistic yang membicarakan tentang apakah yang ditonjolkan dalam ayat atau lain-lain dalam linguistic.

c)    TEORI KAJIAN SEMANTIK

Memandangkan bidang ini sukar sekali untuk dikaji secara objektif, sebagaimana yang dapat dibuat dalam pengkajian bidang fonologi, morfologi dan sintaksis, maka pengkaji-pengkaji bahasa telah mengemukakan pendekatan-pendekatan yang berbeza walaupun pada asasnya masing-masing mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk menghuraikan makna seobjektif yang mungkin. Di antara teori-teori yang pernah dikemukakan ialah:
a)    Teori Imej
b)    Teori Behaviurisme
c)    Teori Analisis Komponen
d)    Teori Logik Simbolik

-    Teori Imej

    Mengikut teori ini, makna dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atau imej yang ada dalam fikiran seseorang. Ini bererti apabila sesuatu perataan disebut, didengar atau dibaca oleh seseorang, maka mental atau fikirannya akan menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan makna atau maksud perkataan ini. Fikiran akan memberikan tafsiran-tafsiran tertentu (abstrak) terhadap perkataan-perkataan tadi. Menurut Siti Hajar Haji Abdul Aziz (1994), teori ini menegaskan bahawa makna sesuatu perkataan dari segi imej yang terbayang dalam akal si penutur atau pendengar. Imej itu tidak boleh bersifat visual kerana ia tidak mungkin sama dengan gambaran sebenar yang dimaksudkan atau yang sedia wujud. Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makana yang digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistic tradisional.
    Satu masalah yang nyata apabila kita menggunakan teori ini dalam mentafsir makna-makna perkataan ialah kita tidak dapat mengetahui dan menentikan apakah bentuk imej yang ada dalam gambaran atau fikiran seseorang. Tiada siapa yang dapat menerokai otak manusia dan dapat meneropong dengan jelas gambaran-gambaran imaginasi yang wujud dalam alam pemikiran seseorang semasa ia mentafsir makna bagi sesuatu perkataan. Imej yang muncul dalam otak seseorang tidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau lambing-lambang yang nyata atau objektif. Gambaran-gambaran itu berbagai-bagai, terlalu abstrak dan relative pula keadaannya.
    Masalah takrifan makna sebagai mana yang dinyatakan di atas adalah berhubung dengan masalah wujudnya berbagai-bagai imej bagi sesuatu perkataan. Sebagai contoh, A bercerita tentang seorang kanak-kanak yang lapar kepada B dan C. gambaran yang muncul dalam kotak fikiran B tentang kanak-kanak yang lapar itu mungkin berbeza dengan keadaan yang tergambar dalam kotak fikiran C. B mungkin membayangkan keadaan kanak-kanak sedang menangis ( menangis merupakan cara menyatakan rasa lapar ), C pula mungkin membayangkan keadaan kanak-kanak tersebut memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya. Kedua-dua imej ini berlainan tetapi ditujukan kepada satu keadaan yang sama, iaitu yang dimanifestasikan oleh gabungan seorang kanak-kanak yang lapar.
    Selain itu, terdapat satu lagi masalah yang ketara dalam teori imej ini, iaitu beberapa perkataan atau keadaan digambarkan oleh satu imej sahaja. Sebagai contoh, kanak-kanak yang lapar, marah, sakit, takut dan resah hanya digambarkan oleh satu imej sahaja, iaitu imej yang menggambarkan kanak-kanak yang sedang menangis kerana perasaan lapar, marah, sakit, takut dan resah itu biasanya dilahirkan oleh kanak-kanak secara tangisan sahaja ( ini khusus untuk kanak-kanak yang belum tahu bertutur ). Oleh itu, apabila seseorang kanak-kanak itu menangis, orang dewasa sukar memahami maksud sebenar tangisan itu.
    Bentuk imej yang wujud dalam fikiran seseorang apabila ia mentafsir makna sesuatu perkataan itu biasanya ada hubungan dengan pengalamannya. Seseorang yang pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang pahit dengan gurunya mungkin mengimaginasikan guru sebagai seorang yang bengis,  garang, tidak bertimbang rasa, dan sebagainya tetapi bagi seseorang yang lain, yang pernah mengalami peristiwa-peristiwa manis yang tidak dapat dilupakan bersama gurunya mungkin membayangkan guru sebagai seorang yang lembut, penyayang dan pengajar yang baik. Jadi, perkataan guru tadi membawa imej yang berbeza sama sekali kepada dua orang yang berlainan.

-    Teori Behaviurisme
    Mengikut teori ini, makna bagi sesuatun perkataan atau ayat mestilah ditinjau berdasarkan kepada ransangan dan gerak balas yang menyebabkan timbulnya sesuatu ujaran itu. Ia merangkumi aspek-aspek biologis yang dialami oleh penutur semasa ia mengujarkan ayat atau perkataan berkenaan. Golongan behaviuris mengemukan teori ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada opersi ransangan dan gerak balas sebagaimana juga dengan perlakuan-perlakuan manusia lain seperti makan, berjalan, tidur, senyum dan sebagainya. Setiap ransangan dan gerak balas serta proses biologi yang dialami oleh seseorang semasa bercakap mestilah dianalisis secara saintifik supaya makna ujarannya dapat ditafsirkan dengan jelas, tepat dan menyeluruh. Sebagai contoh, ujaran “perut saya lapar” merupakan gerak balas kepada satu ransangan yang wujud secara proses biologi didalam perut penutur. Penutur berkemungkinan telah agak lama tidak mengambil sebarang makanan untuk dimakannya, menyebabkan keluarnya enzim di dalam perutnya dan akibatnya timbul rasa lapar. Rasa lapar ini menjadi ransangan baginya untuk mengujarkan ayat “perut saya lapar”.
    Sebagaimana teori imej, teori behaviurisme juga mempunyai kelemahan. Teori ini tidak dapat menghuraikan setiap ujaran dengan begitu lengkap, menyeluruh dan saintifik oleh kerana mekanisma yang mengolah sesuatu ujaran terlalu kompleks dan kita tidak berupaya membuat penghuraian yang tepat mengenainya.  Apa yang berlaku di dalam pemikiran dan system saraf otak penutur tidak dapat dilihat dengan jelas dan tidak ada mesin yang dapat merakamkan seluruh proses yang berlaku kepada otak dan proses biologi seseorang semasa ia bertutur. Dengan demikian, teori ini amat sukar untuk dipraktikkan.
    Satu lagi kelemahan teori ini ialah dapat menghuraikan makna bagi perkataa-perkataan yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu di dalam tatabahasa. Misalnya tidak dapat menjelaskan makna perkataan-perkataan sendi seperti dan, tetapi, kerana dan lain-lain. Selain daripada itu, oleh kerana teori ini berdasarkan huraian makna kepada konteks ransangan dan gerak balas, maka makna perkataan-perkataan yang berupa konsep seperti ketuhanan, segi tiga geometry, meja, rumah dan lain-lain lagi yang pada dasarnya boleh ditakrifkan secara sendiri, tidak dapat diaplikasikan huraian maknanya mengikut teori ini.
-     Teori Analisis Komponen
    Siti Hajar Abdul Aziz (1994) menjelaskan teori ini menerangkan makna perkataan dan hubungan yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain, hubungan ini disebut struktur leksikal. Teori ini menerangkan hubungan makna leksis dengan menggunakan komponen-komponen semantik. Komponen ini bukan sahaja perbendaharaan kata tetapi juga elemen-elemen teoritis yang digunakan untuk menerangkan hubungan semantik pada elemen leksis sesuatu bahasa. Teori ini amat berfaedah untuk meluaskan bidang kajian semantik khususnya untuk merapatkan jurang antara formalisasi sintaksis dengan semantik. Mengikut Rahimah Hj Sabran dan Rahim Shah (1985) pula, teori ini ditimbulkan berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli antropologi dalam menentukan istilah-istilah yang dijelaskan dengan menganalisis dan mempertentangkan komponen-komponen yang berkaitan dengannya, misalnya, bapa adalah “lelaki”, “anak kepada…”, dan “ayah kepada…”. Sementara datuk juga adalah “lelaki”, “ayah kepada…”, dan juga “anak kepada…”.
    Kaedah ini kemudiannya disedari boleh diaplikasikan untuk menghuraikan atau menjelaskan makna perkataan. Di dalam bahasa inggeris misalnya, perkataan murder dan kill dapat dibezakan melalui cara ini, yang mana komponen-komponen yang dapat menjelaskan makna murder ialah intention, causation dan death, manakala komponen yang menjelaskan maksud kill pula hanya causation dan death sahaja. Dalam bahasa melayu, perkataan sengaja dan tidak sengaja dapat dibezakan dengan menggunakan imbuhan, iaitu imbuhan ter- dan me-. Dengan itu, perkataan ini dapat difahami dengan mudah.
Dari contoh-contoh diatas nyata bahawa mengikut teori analisis komponen, makna bagi satu perkataan bukan dianalisis secara unitary atau sebagai satu unit, tetapi sebagai satu hubungan komponen-komponen yang kompleks. Komponen-komponen ini dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri daripada perbendaharaan kata yang diikat secara logik dan tetap. Teori ini cuba menghuraikan makna sesuatu perkataan secara terpeinci dan memasukkan sama unsur-unsur pertentangannya. Sebagai contoh, perkataan teruna dapat dijelaskan maknanya dengan memperlihatkan komponen-komponen semantiknya, iaitu manusia, dewasa, lelaki, dan belum berkahwin.
 Pragmatik
        Bidang yang mengkaji hubungan yang mengkaji hubungan diantara simbol dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang sebagai reaksi kepada perkataan-perkataan yang ditujukan kepadanya. Reaksi itu berbagai-bagai bergantung kepada tanggapan seseorang. Perkataan ‘saya’, ‘aku’, ‘patik’ misalnya, walaupun dirujukkan kepada benda atau perkara yang sama iaitu ‘rujukan kepada orang pertama tunggal’, boleh membawa reaksi yang berbagai-bagai. Penggunaan kata ‘aku’ pada tempat dan keadaan orang yang tidak sesuai misalnya boleh menimbulkan reaksi yang negative kepada seseorang. Begitu juga dengan panggilan ‘awak’, ‘kamu’, ‘engkau’ dan lain-lain semuanya membawa asosiasi yang berlainan yang boleh menentukan perlakuan manusia yang berbagai-bagai sebagai reaksi kepadanya. Demikian juga halnya dengan perkataan-perkataan seperti kebebasan, agama, adat, cinta, kasih dan pahlawan, boleh membawa implikasi, tanggapan dan perlakuan yang berbagai-bagai kepada orang-orang yang berlainan.
        Pendekatan kepada penghuraian makna berdasarkan teori ini agak berkesan dibandingkan dengan teori-teori yang lain kerana teori ini mempertimbangkan sama cirri-ciri suasana (konteks) dan perlakuan-perlakuan yang mengiringi sesuatu ujaran. Makna yang ditinjau berdasarkan kepada konteks, biasanya lebih tepat kerana konteks merupakan aspek yang terpenting dalam penentuan makna bagi seauatu ujaran

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com