KEMAHIRAN MEMBACA
DEFINISI DAN KONSEP BACAAN
Mengikut fahaman dahulu membaca ialah semata-mata me¬mindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai mem¬baca walapun isi bacaan itu tidak difahaminya. 0leh itu pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana murid itu membaca bahasanya sendiri dan daripada itu difikirkan tentu mengerti apa yang dituturkannya.
Mengikut fahaman sekarang membaca itu bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidaklah boleh dihitung pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan 'serentak dengan kelancaran membaca.
Dalam hal yang demikian bolehlah didefinisikan bahawa mem¬baca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bererti mengajar murid-murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.
TUJUAN MEMBACA
Membaca mempunyai dua tujuan iaitu :
a) Tujuan serta-merta
b) Tujan lanjut
Tujuan Serta-merta
Tujuan serta-merta mempunyai tujuan muktamad yang berhasrat untuk membolehkan murid-murid membaca dan memahami. 'Boleh membaca' bermaksud boleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak, boleh membaca dengan serta-merta dan tidak payah mengambil masa yang amat panjang. 'Boleh membaca' juga bererti murid-murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada pertolongan dan bantuan guru. Ini bermakna pendiriannya baik, kemas dan kukuh.
'Boleh memahami' pula bererti boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca. Ia juga bererti murid-murid boleh memberi fikirannya sendiri, boleh menggunakan perkataan¬nya sendiri untuk menyatakan apa yang dibacanya. Dan jikalau pimpinan gurunya baik, murid-murid akan boleh pula menilai dan menimbang hasil bacaannya itu.
Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan-tujuan lain:
(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan bunyi sebutan dan rentak irama (intonasi) yang betul.
(b) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca senyap tanpa merasa sebarang gangguan.
(c) Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus ¬menerus dan mencari pengertian daripada apa yang dibaca.
(d) Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa lapang dan menambah penge¬tahuan.
Tujuan Lanjut
Setelah tujuan serta-merta dapat disempurnakan maka murid yang keluar dari bangku sekolah akan mempunyai satu alat yang mem¬bolehkan mereka mengutip pelbagai pengetahuan dan mendapat¬kan pelbagai fikiran daripada buku-buku untuk dijadikan panduan hidup mereka. Dengan kebolehannya membaca itu dia akan dapat membetulkan fahaman-fahamannya yang salah, membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah-¬masalah hidupnya sendiri. Dia seharusnya boleh berfikir dan me-lahirkan fikirannya dengan cara yang teratur. Apabila dia boleh membaca maka dapatlah dia menambah satu lagi alat perhubung¬annya iaitu membolehkannya merapatkan dirinya dengan ¬orang lain yang ada di sekelilingnya. Secara yang lebih tegas.
Tujuan lanjut bermatlamatkan :
(a) Sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah. Satu daripada cara untuk menyambung pelajaran ialah dengan banyak membaca.
(b) Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain.
(c) Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah.
Menjadikan bahan-bahan perbandingan dengan orang lain.
(d) Latihan untuk melahirkan fikiran dengan baik dan teratur.
(e) Merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan untuk mengikuti perkembangan alam dan manusia.
JENIS=JENIS BACAAN
Ada dua cara membaca yang sering dijalankan di sekolah-sekolah :
(a) Bacaan bersuara (bacaan mekanis)
(b) Bacaan senyap (bacaan akaliah)
Bacaan Bersuara
Bacaan bersuara adalah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-¬alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas¬-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya ialah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.
i. Bacaan bersuara mempunyai beberapa tujuan:
(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama mem¬baca yang betul.
(c) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-¬tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.
(d) Dapat menggunaKan kemahiran membaca dalam mata-mata pelajaran yang lain.
(e) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara (bacaan mekanis)
ii. Cara melaksanakan bacaan bersuara :
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid¬-murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan per¬kataan-perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menye¬mak bacaan guru.
(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilaku¬kan secara keoas atau kumpulan.
(e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.
(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis.
Bacaan Senyap
Bacaan senyap atau bacaan akaliah ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagai¬nya tidak diperlukan dalam bacaan senyap. Bacaan senyap ini di¬jalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara.
1. Tujuan bacaan senyap
i. Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.
ii. Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya.
iii. Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.
iv. Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.
v. Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan.
ii. Cara melaksanakan bacaan senyap
(a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.
(b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.
(c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu murid¬-murid yang lemah.
(d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah.
(e) Tentukan bahan bacaan yang hendak dibaca dan murid-¬murid memahamkannya sendiri. Guru menghadkan masa murid-murid membaca dan memahamkan isi bacaan.
(f)Guru kemudian menjalankan pula latihan kefahaman dengan mengemukakan soalan-soalan. Ia boleh juga dijalan¬kan dengan cara menceritakan semula apa yang telah di¬baca atau dibuat dalam bentuk ujian objektif dan subjektif.
(g) Guru hendaklah membantu membetulkan kesalahan-¬kesalahan yang terdapat semasa murid-murid mengemuka¬kan isi bacaan.
Bacaan Intensif Dan Ekstensif
Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kema¬hiran membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memahami dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif dan ekstensif boleh dilaksanakan.
Bacaan Intensif
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan mem-perkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan men¬tafslr apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu ia memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan¬latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Konsep-konsep Bacaab Intensif
i. la merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru.
ii. la memberi asas untuk pengajar, memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembangkan perbendaharaan kata.
iii. Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.
iv. la mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.
v. Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.
Tujuannya
i. Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi, Iancar dan tahu mengguna¬kan tanda-tanda bacaan dengan baik.
ii. Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
iii. Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajamya.
iv. Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan¬-bahan yang dibaca.
v. Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.
vi. Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.
vii. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.
Cara menjalankannya
i. Bahan-bahan bacaan intensif itu bolehlah dibincangkan ber¬sama oleh pelajar-pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk iatihan-latihan menulis.
ii. Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa.
iii. Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua 'latihan perkamusan', hari ketiga 'latihan meneka maksud mengikut konteks', hari keempat 'membaca dengan laju' dan sebagainya.
iv. Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagai¬kan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis.
v. Segala kajian harus dibuat secara mendalam.
Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang menekankan aktivit-i¬aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya menitik beratkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan manaaku1 isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan memupuk minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Biasanya, melalui bacaan ini pelajar-pelajar akan dapat kepuasan, keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.
Konsep-konsep Bacaan Ekstensif
i. Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di luar kelas secara bersendiri tanpa bimbingan guru.
ii. Bacaan ekstensif mengandaikan bahasa pelajar membaca sesuatu bahan tanpa menghadapi kesukaran dan seberapa yang mungkin dengan perasaan puas, seronok dan terhibur.
iii. Bahan bacaan harus luas, bukan sahaja sesuai dari segi per-bendaharaan katanya tetapi juga sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar itu.
iv. Bahan-bahan bacaan ekstensif harus daripada bahan-bahan yang berbeza.
Tujuannya
i. Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain.
ii. Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan fasih dalam bahasa yang mereka pelajari.
iii. Untuk membolehkan mereka mendapat pengetahuan di samping dapat pula menghiburkan hati.
iv. Untuk memperkayakan bahasa dan perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain-lain.
v. Memberi peluang kepada murid-murid terutama mereka yang cerdas untuk meluaskan bacaannya dan membina daya kreatif¬nya.
vi. Untuk menambahkan minat membaca.
vii. Untuk membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik di kalangan mereka.
viii. Untuk mempertingkatkan kemahiran dan kepantasan membaca.
ix. Untuk memperluaskan dan mempertingkatkan tahap penguasa¬an bahasa.
x. Untuk membentuk tabiat gemar membaca dan mendapatkan kebiasaan membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan.
xi. .Untuk mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras bahasa.
xii. Untuk memperkembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa, baik dalam bentuk prosa atau puisi.
Teknik Pengajaran Bacaan Ekstensif
0leh kerana pelajar membaca tanpa bimbingan guru sepanjang masa, maka peranan pengajar hanyalah sebagai perunding atau pembantu apabila dikehendaki. Pengajar hampir mengesyorkan kepada pelajar-pelajar supaya memilih bahan-bahan yang sesuai. Pengajar perlu juga melatih mereka membaca mengikut teknik berikut :
i. Mengkaji kandungan bahan : Pelajar kaji dahulu secara umum seluruh kandungan bahan. Cuba dapatkan tema atau persoalan pokok bahan itu.
ii. Buat soalan : Buat sendiri soalan-soalan berdasarkan bahan yang dikajinya. lni akan membantunya membaca dengan lebih mendalam.
iii. Baca : Lepas itu baca selaju yang boleh.
iv. Menerangkan : Di akhir setiap bahagian, pelajar buat kesim¬pulan dengan menerangkan pada dirinya sendiri isi-isi penting, dengan tujuan untuk menyatukan semua maklumat yang dibacanya itu.
v. Mengkaji semula : Setelah selesai tugasan membaca, pelajar perlu mengkaji semula seluruh bahan bacaan ekstensifnya supaya dia dapat mempastikan dia tidak tertinggal apa-apa dalam menyatukan semua isi tadi.
vi. SQ3R: Teknik SQ3R memerlukan pelajar-pelajar mengikut langkah-langkah berikut:
a) Mengkaji kandungan bahan-bahan yang dibaca terlebih dahulu bagi mendapatkan idea keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung di dalam bahan bacaan ter¬sebut.
b) Menyediakan soalan-soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka baca. Selepas membaca mereka harus dapat menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.
c) Murid haruslah membaca berdasarkan haluan iaitu mengi¬kut turutan soalan-soalan yang telah ditentukan.
d) Selepas membaca murid-murid harus boleh membuat kesimpulan atau rumusan yang menandakan mereka berupaya menyatukan semua maklumat daripada pem¬bacaan mereka.
e) Murid-murid diminta mengkaji atau meneliti dan mem¬astikan supaya isi-isi bacaan tidak ada yang tertinggal.
f) Murid-murid diminta membincangkan, menerangkan atau melaporkan isi bacaan yang telah diperolehi. Maklum balas daripada murid-murid adalah penting.
g) Pelajar juga harus diminta membuat laporan bertulis tentang apa yang telah dibacanya. Pelajar boleh juga kemukakan laporan itu secara lisan kepada kelas sebagai maklum balas daripada hasil bacaannya.
LANGKAH MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA
I. Fahaman yang cukup hendaklah diberi kepada guru-guru tentang tujuan dan peraturan-peraturan mengajar bacaan pada ke semua peringkat. Kursus-kursus ataupun pendedahan melalui bahan-bahan bacaan hendaklah diadakan.
II. Asas pelajaran bacaan hendaklah didirikan dengan baik dan segala penyelenggaraan berhubung dengannya hendaklah diberi pandangan yang khusus dan sokongan yang penuh.
III. Kaedah yang digunakan untuk mengajar bacaan di kelas permulaan hendaklah kaedah yang tetap ada persam¬bungan tujuannya dan peraturannya.
IV. Pengelolaan di kelas-kelas rendah terutama di kelas permulaan hendaklah dibaiki selalu. Penekanannya dilakukan dari segi pengajarannya, susunan pelajarannya, perkakas-perkakas dan buku-buku bacaan.
V. Guru-guru yang ditugaskan mengajar di kelas permulaan hendaklah daripada mereka yang mempunyai kelayakan, pengetahuan dan kecekapan tentang teknik-teknik mengajar kanak-kanak dan juga mempunyai semangat bekerja yang baik, rajin membuat alatan mengajar serta gemar kepada kanak-kanak.
PERINGKAT-PERINGKAT MENGAJAR BACAAN
Ada 5 peringkat mengajar bacaan yang harus diketahui oleh guru¬-guru :
A. Peringkat menyediakan murid (Peringkat mendirikan asas)
B. Peringkat melatih membaca dan memahami (peringkat men¬capai kemahiran membaca)
C. Peringkat melatih membaca untuk menghiburkan hati dan juga untuk mencari pengetahuan
D. Peringkat membina dan memperkukuh sikap gemar membaca
Peringkat Menyediakan Murid
Apabila guru-guru menerima murid-murid baharu tahun satu : biasanya guru itu mengajar terus dengan rasminya akan pelajaran membaca dan menulis kerana telah direncanakan di dalam jadual waktu. Guru-guru tidak menyiasat terlebih dahulu adakah murid-¬murid mereka berkeadaan 'sedia' untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Keadaan akan menjadi bertambah buruk lagi apabila latar belakang murid-murid itu kurang kerana datangnya daripada rumah tangga yang miskin dan pengalamannya berhubung dengan buku-buku, gambar-gambar dan huruf-huruf tulisan sangat kurang.
0leh kerana itu, kenalah guru-guru menyiasat terlebih dahulu akan sifat kesediaan murid-murid mereka sebelum memulakan pelajarannya. Pada peringkat menyediakan murid ini, guru ter¬paksalah memberikan perhatian kepada dua perkara yang dikira penting:
(a) Perasaan murid-murid
(b) Bahasa murid-murid
Peringkat Mendirikan Asas Bacaan
Asas bererti satu permulaan atau tapak bagi satu-satu binaan. Dalam soal mendirikan asas bacaan rumi bahasa Malaysia perkara¬-perkara seperti pemilihan ayat, rangkai kata, perkataan, huruf¬-huruf dan suku kata berkehendakkan kajian yang mendalam dan teliti daripada pihak guru supaya pelajaran yang disampaikan itu tidak membosankan murid-murid. Hal-hal di atas ini berhubung rapat dengan alatan mengajar dan buku-buku bacaan yang sesuai. Selain daripada papan tulis dan kapur putih, guru juga mestilah menyediakan kapur berwarna, papan magnet, kad-kad imbasan yang telah sedia bertulis, kad-kad perkataan suku kata dan ayat serta gambar-gambar berwarna untuk menarik hati dan minat mereka.
Peringkat ini menekankan beberapa perkara penting :
i. Segala bahan yang hendak diajarkan hendaklah dipilih, di¬kawaI, dan disusun dengan baik. Ajarkanlah perkataan-¬perkataan dan rangkai kata atau ayat yang sedang dan sesuai sahaja dahulu.
ii. Alat-alat mengajar hendaklah lengkap untuk menimbulkan minat kanak-kanak.
iii. Isi pelajaran hendaklah berkait rapat dengan pengalaman dan sesuai pula dengan perkembangan jiwa kanak-kanak.
iv. Gunakanlah gambar atau warna-warna yang menarik hati untuk memberi dorongan.
v. Guru hendaklah selalu memberi galakan dan bimbingan supaya tidak membunuh semangat kanak-kanak untuk terus belajar membaca.
vi. Fikirkan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai dan ber¬kesan.
Peringkat Melatih Membaca dan Memahami
Bahan atau isi bacaan hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan kecenderungan kanak-kanak. Guru janganlah hanya mementingkan sebutan suara dan kelancaran sahaja tetapi mestilah juga sekaligus menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman. Jadi kita tidak boleh pisahkan pelajaran bacaan dengan pelajaran bahasa Malaysia pada keseluruhannya. Dalam hal ini, bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya murid-murid dapat me¬latih diri sendiri untuk menangkap maksud isi pelajaran yang dibaca.
Sebagaimana yang telah ditegaskan, tidaklah ada gunanya kanak-¬kanak membaca kalau mereka tidak faham apa yang dibaca. Oleh itu guru hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut :
i. memulakan membaca setelah kanak-kanak dapat membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengecam perkataan, suku kata dan huruf.
ii. banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman kanak-kanak selepas membaca.
iii. Beri kanak-kanak peluang membaca dan memahami di dalam lain-lain mata pelajaran seperti sejarah, geografi, sains dan sebagainya.
iv. Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-¬prinsip yang betul.
v. Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk Iatihan kemahiran membaca.
KAEDAH MENGAJAR BACAAN
Kaedah Mengeja
i. Mengeja dan membatang suku kata seperti b, a, = ba : t, u = tu.
Kemudian suku-suku kata ini digabungkan menjadi perkataan, misalnya ba, tu, = batu.
ii. Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu.
Kebaikannya
(a) Murid-murid mahir mengeja. Ini disebabkan mereka dilatih mengeja tiap-tiap perkataan yang dibacanya.
(b) Kaedah ini memudahkan guru-guru menjalankan kerja-kerja¬nya. Tidak berkehendakkan alat-alat mengajar yang banyak.
Keburukannya
(a) Murid-murid tidak Iancar membaca. Kaedah ini menjadikan murid sibuk mengeja kerana tumpuan mereka kepada huruf semata-mata.
(b) Murid-murid tidak faham apa yang dibacanya. 0leh kerana terlalu mementingkan ejaan dan sebutan, fahaman langsung tidak dihiraukan.
(c) Murid-murid akan membaca dengan berlagu dan tidak mem¬pedulikan rangkai kata dan tempat-tempat berhenti.
(d) Tidak membangkitkan perasaan gemar membaca kerana kaedah ini bertentangan dengan pendapat Ilmu Jiwa iaitu cara kanak-kanak menguasai sesuatu ialah daripada keseluruhannya membawa kepada bahagian-bahagiannya.
(e) Mengelirukan kanak-kanak kerana nama huruf-huruf tidak menepati bunyi huruf-huruf itu.
Kaedah Bunyi
i. Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain, misalnya ba, tang, = batang.
ii. Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. Misalnya,
b (beh), a (ah) = ba
t (teh), u (uh) = tu
ba + tu = batu
Kebaikannya
(a) sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu ada¬lah terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyi¬nya.
(b) Kaedah ini memboIehkan kanak-kanak membaca perkataan-¬perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka.
Keburukannya
(a) Bacaan murid-murid tidak licin. Ini disebabkan perhatian murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu.
Kelebihannya
a) Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa Malaysia terdiri daripada suku-suku kat a yang hampir tetap bunyinya.
b) Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.
c) Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam mem¬baca.
d) Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid.
Ke kurangannya
(a) Murid-murid membaca dengan Iancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya memen¬tingkan sebutan dan kelancaran membaca.
(b) Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja.
Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.
(c) Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidik¬an dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.
(d) Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.
Kaedah Pandang Sebut
Kaedah ini mementingkan dua perkara :
(i) Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan
pengalaman melalui gambar.
(ii) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
Prosesnya
(a) Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaedah ini disertakan dengan gambar.
(b) Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta menge¬cam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam diminta terus membaca.
(c) Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.
(d) Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat.
(e) Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan Jawi terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja.
Kelebihannya
(a) Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu eara keseluruhan, menarik minat murid¬murid.
(b) Bersesuaian dengan rasmi semula jadi kanak-kanak mempe¬lajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian¬-bahagiannya.
(c) Kaedah ini dari awal mementingkan makna. Dengan itu kanak-kanak dari mula mendapat latihan memahami apa yang dibaca oleh mereka.
(d) Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mula¬nya.
Kelemahannya
(a) Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja.
(b) Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.
(c) Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang mem¬bolehkan mereka membaca sendiri.
(d) Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.
PENDEKATAN MENGAJAR BACAAN
Pada amnya ada dua pendekatan yang besar untuk menyampaikan pelajaran membaca.
(a) Pendekatan membina (Sintesis)
(b) Pendekatan cerakinan (Analisis)
Pendekatan Membina
Cara ini ialah satu eara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang keeil menjadi satu benda yang besar. Misalnya dalarn menga¬jarkan ayat; 'Nina ada baju merah'.
- perkenalkan huruf – a, b, d, I, j, u, m, n
- perkenalkan suku kata - ba, ni, na, ju, rah, me, da
- perkenalkan perkataan - baju, Nina, ada, merah
- perkenalkan rangkai kata - baju merah, Nina ada
- perkenalkan ayat - Nina ada baju merah.
Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata.
Pendekatan Cerakinan
Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya dengan cara sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Misal¬nya dalam mengajarkan ayat 'Nina ada baju baru'.
a) perkenalkan ayat - Nina ada baju barn
b) perkenalkan rangkai kata - Nina ada, bam bam
c) perkenalkan perkataan - Nina, ada, baju, baru
d) perkenalkan suku kata - ni, na, da, ba, ju, ru, a
e) perkenalkan huruf - n, i, a, d, j, r, u
Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut. Pendidik dan pengajar-pengajar yang berpengalaman dengan kedua-dua cara tadi berpendapat bahawa cara-cara ini masih juga tidak membawa kepada hasil yang baik dan memuaskan. Maka dengan hal yang demikian, telah terbit satu cara lain yang diper¬ayai dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. Cara ini ialah cara eklektik atau lebih dikenal dengan nama cara campuran.
Pendekatan Eklektik
a) Cara eklektik adalah cara mengajar bacaan dengan mengguna¬kan kaedah campuran daripada dua cara yang terbesar iaitu mengajar bacaan dengan menggunakan cara membina.
b) Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah suku kata.
c) Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. Semua kaedah ini disebut kaedah pandang dengar.
Kelebihannya
(a) Kaedah ini mengikut prinsip psikologi membaca.
(b) Dapat mengikut kehendak dan kebolehan mudd-murid dalam pelajaran bacaan dan mengikut situasi.
(c) Dapat menggunakan kaedah yang difikirkan paling sesuai mengikut peringkat kesediaan dan kebolehan murid-murid.
(d) Menyatupadukan beberapa kaedah yang sesuai dengan fonem bahasa Malaysia.
(e) Dapat menggabungkan kaedah lama dengan kaedah yang baru supaya dapat menghapuskan konflik pendapat.
Cara mengajar
i. Tujuannya ialah untuk membolehkan murid-murid mem¬baca ayat-ayat yang pendek, mengenal huruf, suku kata dan memahami isinya.
ii. Bentuk huruf : Jangan diajar nama huruf vokal dan konsonan itu dahulu. Huruf-huruf itu diajar dari segi bunyinya sahaja
a - ayam
b – payung
c – ikan
Bentuk bahasa :
- suku kata diajar menerusi perkataan. Misalnya; ba - bakul, bawang, barang,
- menggunakan warna; a (merah) i (hijau), u (biru), u (ungu), e (kuning), dan 0 (coklat).
- menggunakan gambar.
Alat mengajar : kad imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad rangkai kata, kad suku kata dan sebagainya bolehlah diguna¬kan. Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga dapat dilihat oleh semua murid.
Pendekatan Berformatkan KBSR
Ada empat pendekatan yang dicadangkan untuk dilaksanakan dalam pengajaran bacaan mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
PENDEKATAN A
Pendekatan ini adalah kaedah campuran yang memberatkan ben¬tuk cerakinan. Dalam pendekatan ini kegiatan pramembaca adalah diperlukan pada peringkat awal. Dalam pengenalan huruf-huruf, penekanan adalah pada bunyi huruf itu. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyinya dikuasai.
PENDEKA TAN B
Pendekatan B berasaskan kepada kaeda (bunyi), digabung¬kan dengan kaedah suku kata serta dibantu oleh kaedah pandang dan sebut. Penggabungan kaedah-kaedah ini adalah untuk menjelaskan makna perkataan yang dipelajari dan memperlihatkan susunan bunyi dalam perkataan yang bermakna. la sesuai untuk bentuk binaan dan cerakinan. Pada peringkat permulaan, dua bunyi huruf diperkenalkan kepada murid-murid, iaitu huruf Iml dan huruf Isl. Tujuannya adalah untuk menarik minat murid-murid dan memahamkan konsep bunyi huruf. Kedua-dua bunyi lambang ini dianggap mudah disebut oleh murid-murid dan dapat pula mengaitkan bunyi huruf dengan bentuk huruf.
Pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut :
(a) Perkenalkan huruf fonik
(b) Sebut bunyi huruf
(c) Gabungkan bunyi konsonen dengan bunyi vokal untuk membentuk suku kata
(d) Suku kata tertutup
(e) Gabungkan suku kata menjadi perkataan
(f) Membaca perkataan
(g) Membaca ayat
PENDEKATAN C
Pendekatan C biasanya disebut sebagai Pendekatan bunyi kata. la berdasarkan perkara-perkara berikut :
(a) Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan fonemik
(b) Suku katanya adalah jelas dan mudah
(c) Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pende¬katan telah pun diketahui maknanya oleh kebanyakan murid.
Pendekatan ini mencadangkan agar murid-murid diperkenalkan dengan bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna.Pendekatan C boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut :
(a) Perkenalkan bunyi huruf vokal : a, i, u
(b) Perkenalkan bunyi huruf konsonan : k
(c) Menggabungkan bunyi konsonan dan vokal : ka, ki, ku
(d) Mencantumkan suku kata menjadi perkataan : ka + ki = kaki ku + ku = kuku
(e) Membaca ayat: Kaki ku. Kuku kaki. Kuku kakiku.
PENDEKATAN D
Pendekatan D berdasarkan prinsip sintesis atau membina, iaitu menyusun bahagian-bahagian kecil menjadi besar. Kaedah-kaedah yang terkandung dalam pendekatan ini adalah kaedah abjad atau kaedah mengeja, kaedah bunyi huruf dan kaedah suku kata.
Pendekatan D boleh dilaksanakan mengikut langkah-Iangkah berikut :
(a) Tunjukkan gambar
(b) Namakan huruf tunggal
(c) Perkenalkan kad suku kata
(d) Perkenalkan kad perkataan
(e) Membaca ayat