Definisi Laras Bahasa
1. Laras bahasa merujuk kepada cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa menurut situasi bahasa itu digunakan dan bidang yang diperkatakan.
2. Dalam amalan berbahasa, seseorang pengguna bahasa sering memilih variasi bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu. Sebagai contohnya, seseorang pengguna bahasa akan menggunakan bahasa yang rapi, bertatasusila, dan jelas dalam situasi formal atau rasmi. Sebaliknya, dalam situasi tidak rasmi, pengguna bahasa tersebut akan menggunakan bentuk bahasa yang bersahaja atau bahasa tak formal.
3. Seseorang pengguna bahasa juga akan menggunakan bentuk bahasa yang sesuai dengan bidang yang diperkatakan. Misalnya, untuk memperkatakan bidang ekonomi, seseorang pengguna bahasa akan menggunakan kosa kata atau ungkapan yang berkaitan dengan bidang ekonomi seperti inflasi, penawaran, persaingan, unjuran, monopoli, pasaran, saham, indeks komposit, Bursa Malaysia, pasaran hadapan, urns niaga, kadar faedah, para pelabur, harga tidak berubah, dan sebagainya.
4. Dalam penggunaan bahasa, variasi bahasa pilihan yang sesuai dengan bidang dan situasi bahasa dikenal sebagai laras bahasa. Pengetahuan tentang laras bahasa amat penting kerana seseorang pengguna bahasa yang cekap akan memilih laras bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu. Penggunaan laras bahasa yang salah menggambarkan ketidaksempurnaan penguasaan bahasa seseorang.
5. Sebagai contohnya, seorang pengguna bahasa yang menyampaikan ucapan rasminya dengan bahasa basahan dan bahasa pasar memperlihatkan bahawa dirinya tidak cekap berbahasa kerana penggunaan bahasanya menyalahi hukum dan budaya bahasa tersebut.
6. Selain itu, taraf kemajuan sesuatu bahasa juga diukur menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana kemunculan laras-laras bahasa barn adalah selari dengan perkembangan sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat. Kemajuan dan pembaharuan dalam bidang sains dan teknologi, politik, ekonomi, dan budaya akan memberikan kesan kepada laras bahasa masyarakat tersebut, iaitu jumlah laras bahasa akan bertambah Berta menjadi lebih rencam.
7. Hal ini dapat dilihat dengan membandingkan bahasa Melayu klasik dengan bahasa Melayu moden. Laras bahasa Melayu klasik sangat terhad sementara bahasa Melayu moden berkembang pesat dengan memiliki laras bahasa yang banyak dan pelbagai.
8. Menurut Nik Safiah Karim, penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh dua faktor utama, iaitu ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa dan ciri linguistik.
9. Ciri keperihalan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran.
10. Situasi luaran merujuk kepada latar belakang sosial dan kebudayaan pengguna sesuatu bahasa. Sebagai contohnya, bahasa klasik dikaitkan dengan suasana di istana manakala bahasa slanga dikaitkan dengan golongan remaja yang banyak dipengaruhi oleh budaya rock.
11. Situasi persekitaran pula melibatkan aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Antara situasi persekitaran yang mempengaruhi seseorang pengguna bahasa termasuklah:
(a) cara penyampaian;
(b) bahan yang diperkatakan;
(c) hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa; dan
(d) fungsi sosial perlakuan bahasa.
12 Cara penyampaian merujuk kepada bentuk perhubungan yang digunakan, iaitu
sama ada wacana itu disampaikan secara lisan ataupun tulisan. Dalam hal ini, bahasa lisan amat berbeza daripada bahasa tulisan.
13 Dalam bahasa tulisan, terdapat pelbagai variasi, seperti teks ucapan, laporan,
rencana, karya kreatif, Wan, dan surat kiriman. Masing-masing mempunyai cara penyampaian yang berlainan.
14 Cara penyampaian juga termasuk situasi sesuatu wacana disampaikan. Misalnya,
bahasa ucapan yang disampaikan dalam majlis formal yang dihadiri oleh orang kenamaan tentu berbeza daripada bahasa ucapan yang digunakan dalam majlis tidak formal yang dihadiri oleh orang biasa.
15. Bahan yang diperkatakan bermaksud isi kandungan dalam sesuatu wacana atau secara umumnya merujuk kepada bidang yang dibicarakan. Bidang yang diperkatakan inilah yang menentukan penggunaan kosa kata, istilah, jenis, dan ragam ayat dalam sesuatu wacana.
16 Sebagai contoh, jika wacana itu berkaitan dengan bidang sains, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikan fokus kepada perkara yang dibicarakan. Sebaliknya, jika wacana itu ialah wacana sukan yang memaparkan ulasan selari perlawanan bola sepak, maka ragam ayat aktif dengan jenis ayat tunggal yang pendek banyak digunakan. Hal ini demikian supaya pendengar atau penonton siaran secara langsung dapat memahami dan menghayati peristiwa sukan itu dengan berkesan.
17 Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa merujuk kepada hubungan yang wujud antara penghasil wacana dengan penerima wacana. Jika penerima wacana itu terdiri daripada khalayak yang rapat hubungannya dengan penghasil wacana, maka penghasil wacana akan menggunakan bahasa yang bersifat mesra dan tak formal. Sebaliknya, jika penerima wacana terdiri daripada mereka yang tidak dikenali atau diketahui mempunyai kedudukan yang tinggi, maka penghasil wacana akan menggunakan bahasa bersifat formal.
18 Fungsi sosial perlakuan bahasa pula bermaksud penggunaan bahasa itu bertujuan untuk menghasilkan maksud atau perasaan tertentu seperti dalam hal menyampaikan pelajaran di bilik darjah, memberikan arahan, melahirkan perasaan march, ataupun mengijabkabulkan pasangan yang mendirikan rumah tangga dalam upacara pernikahan. Fungsi sosial atau tujuan penggunaan bahasa yang berbeza ini akan menyebabkan berlakunya penggunaan laras bahasa yang berlainan.
19 Ciri-ciri linguistik yang membezakan laras-laras bahasa dapat ditinjau daripada aspek bunyi, kosa kata, frasa, dan ayat.
20 Contoh aspek bunyi yang dapat mempengaruhi sesuatu laras bahasa adalah seperti pada penggunaan sebutan kecik untuk perkataan kecil, pulak untuk pula, dan ambik untuk ambil Penggunaan yang sedemikian memperlihatkan bahawa laras bahasa yang digunakan ialah bahasa basahan.
21. Kosa kata merupakan unsur yang terpenting danmenjadi penanda laras bahasa Sesuatu laras bahasabiasanya dikenal menerusi kosa kata yang digunakan. Sebagai contohnya, penggunaan perkataanperkataan seperti penyerang, pemain tengah, sayap kiri, gol, separuh masa pertama, penjaga garisan, dan ofsaid menunjukkan bahawa laras yang dimanfaatkan ialah bahasa sukan, khususnya dalam permainan bola sepak.
22. Selain itu, aspek kosa kata yang menentukan laras bahasa juga dapat dilihat daripada penggunaan kata-kata pinjaman serta penggunaan unsur kolokasi. Sebagai contoh, kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab banyak digunakan dalam laras agama manakala laras sains banyak menggunakan kata-kata pinjaman daripada bahasa Inggeris
23. Daripada aspek unsur kolokasi pula, penggunaan ungkapan yang berkolokasi dengan laras bahasa tertentu dapat dilihat dalam penggunaan ungkapan tendangan percuma yang hadir dalam laras sukan, sajak kabur yang terdapat dalam laras sastera, dan sebermula maka tersebutlah perkataan yang hadir dalam laras bahasa klasik.
24. Sesuatu laras bahasa juga dapat dilihat daripada aspek ayat yang digunakan. Dalam hal ini, aspek ayat yang terlibat termasuklah jenis, ragam, dan susunan ayat. Sebagai contoh, laras undang-undang banyak menggunakan ayat majmuk campuran yang penuh dengan frasa dan klausa penerang serta keterangan. Sebaliknya, laras bahasa klasik banyak menggunakan jenis ayat majmuk yang panjang serta berbelit-belit, ragam ayat pasif, dan susunan ayat songsang